24-26 Jun 2011 ( Jumaat hingga Ahad )
HARI 1...
Menuju ke lokasi kordinat N 02º 41’ 17.7” E 103º 07’ 47.3”. Kawasan Hutan Simpan Gunung Lesung, Cenderawasih, Pahang. Boleh dimasuki melalui Ladang Kelapa Sawit KIM SAN, Cenderawasih, Pahang atau dari Rompin, Pahang. Tempat perkhemahan dikenali dengan nama Jeram Forest. Jarak perjalanan sejauh 71 km dari Segamat, Johor. Kebenaran masuk hutan boleh diperolehi dari Pejabat Ladang Kelapa Sawit KIM SAN. Jarak masa lebih kurang 2-3 jam dari pondok kawalan ladang sawit sehingga ke lokasi kordinat.
Dari kiri :
Yusri 'Tongga', aku, Si'fu Ba'in, Pak Chat 'Baung' dan Lan 'Roger'
Persinggahan pertama....pondok orang asli di tepi R'n'R...tuannya ada di sekitar kawasan itu...Jangan lupa berikan 'sesuatu' sebagai tanda 'hormat'...Elakkan dari memberi wang kerana tiada 'nilai' di sini.
(cameramen : Wan 'Bomba')
HARI KE-2.....
Merintis jalan ke Ka'cah Merah..
Merintis jalan ke Ka'cah Merah..
Lokasi : Ka'cah Kuning...kordinat lokasi :
N 02º 48’49.3” E 103º 11’47.0”
Jambatan balak yang digunakan menuju ke Ka'cah Merah telah runtuh.Cara laluan : Extreme 4x4 dan motorsikal sahaja untuk mendaki dan merentas tebing sungai...
Hasil : Salam perkenalan dari pak Beruang...dan jejak 'Maybank' bergerak serta jejak 'orang kuat'..
Penilaian : Pastikan bergerak dalam kumpulan 3-4 orang dan elakkan dari bertembung dengan penghuni-2 di sini kerana kita ke sini hanya sebagai 'pelawat'...kalau dah 'berbunyi', cepat-2 keluar dari sana...
Penilaian : Pastikan bergerak dalam kumpulan 3-4 orang dan elakkan dari bertembung dengan penghuni-2 di sini kerana kita ke sini hanya sebagai 'pelawat'...kalau dah 'berbunyi', cepat-2 keluar dari sana...
Nama tempat : R'n'R...(antara pertengahan perjalanan)
Nama tempat : Lubuk Ba'in...(dia yang paling banyak dapat..hehe)
Dari kiri :
Wan 'Bomba', aku, Pak Chat 'Baung', Si'fu Ba'in, Lan 'Roger', Din 'Memerang', Yusri 'Tongga', dan Wak Man
( Cameramen : Mail 'Sebarau')
Wan 'Bomba', aku, Pak Chat 'Baung', Si'fu Ba'in, Lan 'Roger', Din 'Memerang', Yusri 'Tongga', dan Wak Man
( Cameramen : Mail 'Sebarau')
KESIMPULAN
Cara pancingan : memancing tebing, casting, jaring 3 inci, 'rawai' selam dan bubu PVC.
Umpan : Ulat sagu, perumpum, cacing tanah, sawit peram @ baru, ubi kayu 'masam', cengkerik, kelapa 'bakar'
Hasil tangkapan : 1 tong Coleman dibahagi 9 orang...hehe.
Hasil pemerhatian :
Tiada Kelah di lokasi dicari kecuali Udang Galah, Baung, Sebarau, Tengas dan Seluang Batang...walaupun trip 1 berjaya mendapat Kelah...
Sesuai untuk 'family trip' tetapi perlu ada pengawasan....Sungainya jernih, berjeram dan berlubuk...Disetengah-setengah tempat hanya air separas buku lali dan berpasir (lokasi sebarau bermain 'malam')...Bawa 'guide' yang biasa dengan keadaan di hutan...Elakkan dari berkhemah atau memancing di tebing pasir tersorok...( masih banyak jejak2 'Maybank', 'Orang Kuat' dan Beruang di sini...masih baru lebih kurang 2-3 hari )...dan dari pengalaman rakan-2 yang dikejutkan oleh salam pak 'Beruang' dan 'Maybank'...serta terpaksa bermalam ditengah sungai (mujur ada pokok tumbang dalam sungai)..hehe.
Perancangan akan datang, ke lokasi terbaru iaitu 'Cabang Y'...laluan telah dirintis sehingga ke 'jambatan balak putus' dan untuk 3 jam seterusnya hanya menggunakan motorsikal 'ringan' atau 7 jam berjalan kaki...dianggarkan 5 jambatan ' balak' atau anak sungai terpaksa dilalui sebelum tiba ke destinasi....insyaallah.