Tuesday, January 19, 2010

Expedisi SERAKEK...kumpul buah 'dokong'

8hb dan 22hb Jan 2010 (Jumaat malam Sabtu)


Bergerak masuk ke lokasi di SERAKEK, SEGAMAT jam 3.30pm. Menggunakan laluan BANGAS -> SERAKEK. Laluan yang biasa dilalui untuk ke kebun 9W2WMC pak Fuad (N02°38.141’E102°47.540’). Kawasan ini sunyi dari penempatan penduduk kerana hanya dipenuhi dengan kebun buah-buahan dan ladang getah serta kelapa sawit. Boleh juga menggunakan laluan BULOH KASAP -> KUALA PAYA -> SERAKEK.

Sampai sahaja di lokasi, kami terus memetik buah 'dokong' yang masak.Menurunkan buah dari 2 pokok sahaja sudah memenuhkan 4 raga buah.



Kata rakan, "Selak daun, nampak buah, petik buah, nampak dahan". Selesai dengan aktiviti petang, terus ke perigi untuk mandi. Memang segar bila badan dah disiram dengan air galian dari bumi. Lebih baik dari 'hot shower' atau air paip di rumah.




Menu makan malam ialah gulai ayam dan tempoyak campur cili hidup..."Perrrghh, rugi kalau tak makan"...kata 9W2MJN cikgu Md. Jan...hehe




Selesai dengan perkara yang wajib dan makan malam, masing-masing dah merangka pelan untuk aktiviti malam nanti. Keselamatan diri diutamakan kerana lokasi ini agak banyak dengan 'haiwan liar' yang boleh mendatangkan kecederaan. Persediaan lampu dan unggun api dinyalakan untuk aktiviti malam.





Selesai menurunkan sepokok lagi buah dokong jam 11.30pm. Walaupun sepokok tapi penuh sehingga 3 bakul. Masing-masing bergilir memanjat sambil diterangi oleh lampu kalimantang berkuasa bateri.



Aktiviti malam ialah tidur, makan dan lawan 'catur'.. Cuma sesekali kedengaran bunyi-bunyian 'liar' dan 'bau' dari Maggie mee yang dimasak. Kata rakan, " Babi hutan pun datang bila Anas masak Maggie..."...hehe.

"Bukan babi hutan saja yang datang bila Anas ada, 'benda lain' pun datang. Bertenggek sebelah dia waktu tidur pun tak sedar"...kata rakan.



Anas sambut birthday kat dalam kebun...Baca doa and potong kek..hehe. "Takpe Anas, tahun depan ko sambut kat atas gunung pulak"...hehe



Main catur sampai pukul 4.00 pagi...sampai ada 'benda lain ' datang tegur..."hehehe"

Bergerak keluar dari SERAKEK jam 11.00 pagi selepas mandi air perigi. "Manyak syoook lor" kata rakan2...

Sunday, January 17, 2010

Indah sungguh negaraku..




Kampungku Jitra....


Pemandangan dari puncak Gunung Jerai...jam 2.00pm


Suasana petang di Kuala Perlis...jam 7.00pm

Explore Johor ke Perlis..vol. 1

Hari 1 ( 25 Disember 2009 Jumaat )

Bergerak dari Wakaf Radio Amatur Segamat ( N02°32.411’ E102°48.200') jam 8.30am dengan 5 konvoi famili SUV..9W2WMC, 9W2FND & 9W2FNQ, 9W2CAZ, 9W2CMC, 9W2WMZ dan SWAL Anas. Melalui laluan lebuhraya Alor Gajah ke R&R Jejantas Sungai Buloh. Singgah bersarapan pagi dengan bekalan nasi lemak ayam goreng masak cili padi di R&R Pedas / Linggi.



Jam 12.00pm, bergabung bersama famili 9W2BHL Mohd Farid b. Haji Sudin, abang kepada 9W2WMC di R&R Sungai Buloh untuk destinasi seterusnya Kuala Selangor. Dari Kuala Selangor melalui laluan TANJUNG KARANG dan singgah untuk makan tengahari rumah bapa saudara Cikgu C.T Zuraidah, isteri 9W2WMZ di Jalan Tali Air 3, Sungai Burung, SEKINCHAN. Laluan masuk sejauh 12 km. Pemandangan sawah yang baru dituai bersama hujan lebat menyambut ketibaan kami.Jam 2.25pm, Hidangan lauk-pauk ikan sepat, ikan puyu sawah, ikan haruan, ikan keli goreng, gulai ikan, kerabu pucuk paku, sambal belacan cicah ulam, sayur lemak labu dan kerang rebus. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. "Enak tak terkata". Habis licin pinggan hidangan. "Senang nak cuci" kata rakan.


PEMANDANGAN DAERAH SEKINCHAN
(lokasi makan tengahari 1)



























































Jam 3.40pm, konvoi bergerak dari SEKINCHAN menuju ke SETIAWAN. Singgah di Masjid Lekir, Setiawan jam 5.26 pm untuk menunaikan perkara yang tertangguh.Bergerak menuju ke LUMUT dan seterusnya melalui PANTAI REMIS untuk ke KUALA SEPETANG @ PORT WELD merasai Mee Udang Banjir Mak Teh (N04°50.424’ E100°38.920’). Pilihan mee :
Mangkuk kecil RM6
Mangkuk besar RM10
Mangkuk special RM12 - dah habis...

Hujan lebat turun di sepanjang perjalanan dari Sekinchan hingga ke Kuala Sepetang. Pergerakan agak perlahan kerana kenderaan yang banyak dan laluan yang sempit. Walaupun begitu, arahan "Pantas tetapi Selamat" dipratikkan untuk menjamin keselamatan dan ketetapan masa.

Sampai di KUALA SEPETANG jam 8.30pm. Berpusing di dalam pekan KUALA SEPETANG untuk mencari lokasi Mee Udang Pak Salleh seperti yang dikhabarkan tetapi gagal kerana cuaca sudah gelap. Terus ke destinasi utama iaitu Mee Udang Banjir Mak Teh untuk makan malam. Ramai yang agak keletihan akibat perjalanan jauh dan cuaca yang buruk. Pesanan yang agak banyak iaitu 27 pinggan mee udang RM10 menyebabkan hidangan lambat sampai di meja. Agenda yang kedua sudah selesai dan hajat famili masing2 sudah tertunai untuk makan mee udang.

Konvoi bergerak menuju ke Jitra pada jam 9.20pm menggunakan laluan masuk Taiping menuju lebuhraya kerana lebih SELAMAT dari menggunakan laluan jalan Persekutuan. Singgah di R&R Gurun untuk 'coffee-break' dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Jitra. Sampai di Jitra jam 1.00am, terus ke INAPAN SUKA MENANTI, Pekan Jitra 2, yang telah disediakan. Ada yang mengambil kesempatan untuk 'mid-nite supper' perkena chaw keow-tiau sebelum tidur.



Hari 2 ( 26 Disember 2009 Sabtu )

Destinasi hari ke 2, Gunung Jerai. Jam 8.00am, Fuad menghantar Akma mendaftar tempat penginapan untuk semester 2 di UUM, Sintuk. Bergerak dari JITRA pada jam 12.30pm menggunakan laluan BANDAR DARULAMAN ke Lebuhraya PLUS dan keluar di laluan Tol GURUN. Tiba di kaki Gunung Jerai jam 1.45pm. Jarak naik ke atas Gunung Jerai lebih kurang 12km melalui laluan yang berselekoh U° (sharp bend) pada sesetengah tempat dan bercerun 30°. Kebanyakan laluan agak selesa dilalui kecuali pada 3 lokasi yang hanya boleh dilalui 1 lorong kenderaan. Berhenti untuk bergambar di Muzium Perhutanan tetapi tutup untuk penyenggaraan.Tiba di puncak pada jam 2.40pm.




Keputusan diambil untuk makan tengahari di NAIM GULAI IKAN SEMBILANG, Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai. Selepas selesai urusan 'pujuk-memujuk' permintaan orang SEGAMAT dan pak NAIM, konvoi bergegas turun dari puncak pada jam 3.20pm. Dari kaki Gunung Jerai ke Tanjung Dawai, berlaku kesesakan lalulintas akibat hujan lebat dan kemalangan kecil. Walaupun konvoi tidak terlibat dalam kemalangan tersebut, sedikit sebanyak telah melambatkan pergerakan kami.


Tiba di NAIM GULAI IKAN SEMBILANG (N05°42.551’ E100°21.383’)pada jam 4.40pm. Agak khuatir kerana terlewat dari 'janji' akan berada sebelum pukul 4.00pm di lokasi. "Kalau tak dapat gulai hari ni, aku yang bergolek bawah meja" kata rakan. Mujur tidak ada yang tergolek. Hidangan disambut meriah walaupun hujan lebat tempias disisi. Dari 6 periuk tanah ditambah kepada 4 lagi menjadikan 10 periuk tanah gulai ikan sembilang laut dihabiskan atas meja dalam suasana hujan lebat. Menu disini :

- kari ikan sembilang laut 'clay-pot'
- ikan sembilang goreng
- ikan pekasam
- ulam pucuk janggus
- sambal belacan
- sirap
- teh 'O' panas ( percuma )

(Kalau mai Tanjung Dawai, jangan lupa singgah sini..gulai ikan sembilang special)




"Terima kasih Pak Naim, tahun depan kami mai lagi"


Tengah mengadap 'clay-pot' gulai sembilang (pusingan ke 2)...hehe










Destinasi seterusnya, TANJUNG DAWAI. Bergerak dari NAIM GULAI SEMBILANG pada jam 5.55pm untuk mencari hasil laut yang dikeringkan. Ada yang terus meronda bazaar disitu untuk mencari yang berkenan di hati. Selebihnya, menunaikan solat yang tertangguh di masjid berhampiran.


Selesai membeli barangan hasil laut yang dikeringkan, konvoi bergerak balik ke JITRA pada jam 6.45pm melalui Kampung Singkir Laut terus menyusuri laluan YAN KECHIL hingga keluar di persimpangan KUALA KEDAH, Alor Setar. Laluan ini dipilih kerana pemandangan senja di waktu petang sepanjang pesisiran pantai dan landskap dataran sawah padi menguning masak. Dari ALOR SETAR, perjalanan diteruskan sehingga sampai di JITRA pada jam 8.00pm.

Aktiviti malam diteruskan mengikut kategori umur. Anak2 dengan aktiviti menonton wayang dan bowling. Kaum ibu pula sibuk dengan 'window shopping' dan karaoke. Bagi yang lelaki, ramai yang menghabiskan waktu dengan 'tidur' selepas penat memandu. Bagi yang 'terdaya, aktiviti seterusnya mencari 'Popiah Basah Jamal' di Alor Setar. Malangnya, popiah basah Jamal sudah habis terjual. Dari Jalan Kilang Ais (nama lama) terus ke Stadium DarulAman untuk melihat 'Bazaar Tengah Malam'. Dari Stadium DarulAman, kami kembali ke Jitra dan singgah mengambil 9W2WMZ untuk merasa 'Gani Chaw Keow-Tiau' di Bandar Baru DarulAman. Pulang semula ke tempat Inapan pada jam 12.30am.


Hari 3 ( 27 Disember 2009 Ahad )


Bertolak dari Jitra pada jam 8.30am menuju Wang Kelian. Laluan yang digunakan kali ini ialah dari Jitra - Tunjang - Kodiang - Arau - Kangar melalui Empangan Timah Tassoh seterusnya ke kawasan Bebas Cukai Wang Kelian, sempadan Malaysia - Thailand.

Melintasi Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Sekolah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Arau, Kawasan Rekreasi Sungai Batu Pahat Perlis dan Taman Negeri Perlis.

Tiba di destinasi 'WELCOME TO SATUN, WANG KELIAN' jam 9.46am. 'Sawadikkap' dan aktiviti 'mengosongkan poket'.






Bergerak ke destinasi rekreasi di Gua Kelam setelah 'puas' naik-turun bukit 'shopping' di Wang Kelian. Tiba di Gua Kelam jam 12.32pm. Agak hampa kerana perkhidmatan keretapi ditutup sementara untuk pembaikan. Masuk untuk melihat keindahan stalagtait dan stalagmait di dalam Gua Kelam.










Destinasi seterusnya, KOMPLEKS MEMBELI-BELAH PADANG BESAR dengan iringan 9W2MYM Mohd Yusri, rakan radio negeri Perlis. Beliau membawa kami ke lokasi Gerai Tomyam yang paling sedap berhadapan dengan Balai Bomba Padang Besar. Setelah meletakkan kenderaan di dalam kawasan Balai Bomba Padang Besar (ikhsan rakan Bomba Negeri Perlis) kami menuju ke lokasi Gerai Tomyam. "Nak makan kemudian lah sebab nak shopping dulu" kata kaum perempuan. Tadi katanya tak payah pergi Padang Besar. Haha..

"Tomyam sedap, Laksa Lemak Siam pun sedap. Tidur lagi sedap" kata rakan. Sempat melelapkan mata sementara menunggu kaum wanita selesai 'shopping'.






Jam 4.50pm, bertolak untuk menghantar Akma ke UUM Sintuk. Melalui Dataran Pokok Tebu Ladang Chuping yang kini telah ditanam separuh dengan pokok getah (produk komersil). Perbincangan dilaksanakan melalui komunikasi radio samada meneruskan perjalanan pulang ke Segamat hari ini juga atau tidur lagi semalam di Jitra. Untuk mengelakkan perkara yang tak di'ingini berlaku, konvoi mengambil keputusan untuk bermalam lagi di Jitra.

Sampai di UUM Sintuk jam 6.00pm. Selepas selesai dengan urusan, konvoi bergerak pulang ke Jitra melalui Kampung Darat-Malau-Jitra. 9W2CMC Faisal mendendangkan lagu "Seruling Anak Gembala" sebagai selingan.




Selamat sampai di rumah Puan Norlia bt. Abdul Moin (QTH keluarga 9W2FND) jam 7.00pm. Selepas selesai solat dan rehat, konvoi menuju ke Pekan Jitra untuk menikmati 'Moi Sup' sebagai hidangan makan malam.


Hari 4 ( 28 Disember 2009 Isnin )

Check-Out jam 7.30am. Sarapan beramai-ramai dengan hidangan 'Nasi Lemak Lemuni' dan kuih 'Apom Lenggang'. Mendapat 'roti canai segera' sebagai buah-tangan dari tuan rumah. Sebelum bergerak, konvoi bergambar beramai-ramai dengan tuan-rumah.Dari Jitra, konvoi meneruskan perjalanan melalui kampung Suka Menanti ke Muzium Padi, Kompleks Akuatik dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara.








Jam 8.40am, masuk ke Muzium Padi. Tiket untuk dewasa RM3 dan kanak-kanak RM1. Menaiki 60 anak tangga untuk ke tingkat pameran lukisan bergerak. Menikmati lukisan pemandangan Kedah Darul Aman yang berharga RM1 juta oleh 42 orang pelukis berbangsa Korea. Bergerak dari Muzium Padi pada jam 9.00am menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan untuk ke Selatan.






Singgah sebentar di Carefour Seberang Jaya, Butterworth untuk 'coffee-break' bersama Anas.

Dari situ, konvoi meneruskan perjalanan dan mengambil keputusan untuk singgah di 'Dataran 10' Tanjung Piandang, rumah 9M2RR Pak Rahim. Tiba di rumah 9M2RR pada jam 12.55pm dan bersalam dengan Pak Rahim serta isteri.




Bergerak keluar dari 'Dataran 10' pada jam 1.30pm. Konvoi berpisah dengan 9W2BHL kerana beliau akan menggunakan jalan 'lama' untuk ke Cameron Highland. Jam 2.40pm, konvoi berhenti rehat untuk makan tengahari di R&R Sungai Perak. Jam 3.00pm, 9W2WMZ bergerak sendirian menuju ke Selatan sambil disusuli dari belakang oleh rakan konvoi yang lain.

Jam 5.40pm, singgah di R&R Sungai Buloh untuk solat dan minum petang. Perancangan jelajah tahun depan direncanakan dengan misi dan visi yang tertangguh pada tahun ini. Insyaalah..

Singgah di Restoren Keretapi 9W2KFF Fahmi pada jam 9.00pm untuk makan malam dan berjumpa dengan beliau serta keluarga.

Konvoi selamat tiba di rumah masing-masing pada jam 12.15am.

Catatan rakan :
"Satu perjalanan konvoi yang menyeronokkan bagi semua ahli rombongan. Menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga dapat bersama lagi pada masa akan datang".