Tuesday, January 19, 2010

Expedisi SERAKEK...kumpul buah 'dokong'

8hb dan 22hb Jan 2010 (Jumaat malam Sabtu)


Bergerak masuk ke lokasi di SERAKEK, SEGAMAT jam 3.30pm. Menggunakan laluan BANGAS -> SERAKEK. Laluan yang biasa dilalui untuk ke kebun 9W2WMC pak Fuad (N02°38.141’E102°47.540’). Kawasan ini sunyi dari penempatan penduduk kerana hanya dipenuhi dengan kebun buah-buahan dan ladang getah serta kelapa sawit. Boleh juga menggunakan laluan BULOH KASAP -> KUALA PAYA -> SERAKEK.

Sampai sahaja di lokasi, kami terus memetik buah 'dokong' yang masak.Menurunkan buah dari 2 pokok sahaja sudah memenuhkan 4 raga buah.



Kata rakan, "Selak daun, nampak buah, petik buah, nampak dahan". Selesai dengan aktiviti petang, terus ke perigi untuk mandi. Memang segar bila badan dah disiram dengan air galian dari bumi. Lebih baik dari 'hot shower' atau air paip di rumah.




Menu makan malam ialah gulai ayam dan tempoyak campur cili hidup..."Perrrghh, rugi kalau tak makan"...kata 9W2MJN cikgu Md. Jan...hehe




Selesai dengan perkara yang wajib dan makan malam, masing-masing dah merangka pelan untuk aktiviti malam nanti. Keselamatan diri diutamakan kerana lokasi ini agak banyak dengan 'haiwan liar' yang boleh mendatangkan kecederaan. Persediaan lampu dan unggun api dinyalakan untuk aktiviti malam.





Selesai menurunkan sepokok lagi buah dokong jam 11.30pm. Walaupun sepokok tapi penuh sehingga 3 bakul. Masing-masing bergilir memanjat sambil diterangi oleh lampu kalimantang berkuasa bateri.



Aktiviti malam ialah tidur, makan dan lawan 'catur'.. Cuma sesekali kedengaran bunyi-bunyian 'liar' dan 'bau' dari Maggie mee yang dimasak. Kata rakan, " Babi hutan pun datang bila Anas masak Maggie..."...hehe.

"Bukan babi hutan saja yang datang bila Anas ada, 'benda lain' pun datang. Bertenggek sebelah dia waktu tidur pun tak sedar"...kata rakan.



Anas sambut birthday kat dalam kebun...Baca doa and potong kek..hehe. "Takpe Anas, tahun depan ko sambut kat atas gunung pulak"...hehe



Main catur sampai pukul 4.00 pagi...sampai ada 'benda lain ' datang tegur..."hehehe"

Bergerak keluar dari SERAKEK jam 11.00 pagi selepas mandi air perigi. "Manyak syoook lor" kata rakan2...

1 comment: