Monday, January 23, 2012

Kg. Kedaik Asal, Rompin, Pahang


Gambar atas : rupa CRV bila bawa bot atas bumbung...


Gambar atas : dah siap kemas untuk pulang...


Gambar atas : ni MAGGIE bukan sebarang maggie....tengok gambar bawah kalau tak percaya...hehe


Gambar atas : menu makan tengahari...MAGGIE Udang Galah


Gambar atas : Cikgu Mail (Kemedak) dengan hasil pancingan se'petang


Gambar atas : aksi Boss (SDSM) tarik ikan 'patin....



Gambar atas : Boss (SDSM) dengan udang galah....Jawa ni 'pengayer' laaa...


Gambar atas : Ustaz Wan (STAR) bersama udang...dia dapat 'jack-pot' trip ni...


Gambar atas : Hasil Pancingan se'petang...untuk makan malam


Gambar atas : Saiz Udang Galah Kedaik, Rompin, Pahang


Gambar atas : amacam ?? mengancam tak ?? hehe......


CATATAN PERJALANAN :

HARI PERTAMA - 21 Jan 2012 jam 7:00am.

Memulakan perjalanan dengan mengambil Cikgu Elham (Boss SK.Dato' Seri Maharajalela) di Kg. Jawa. Berkumpul di Petronas Taman Yayasan bersama Ustaz Wan Zamri (STAR) dan Cikgu Ismail Md.Aini (SK. Kemedak) untuk membeli keperluan terakhir yang perlu dibawa. Bergerak dengan 2 buah kenderaan (1 CRV dan 1 Pajero).

9:00am - Singgah minum di warung tepi jalan sebelum persimpangan Bandar Muadzam Syah untuk kudapan pagi.

9:30am - Bergerak semula ke destinasi memancing di Kg. Kedaik Asal, Rompin, Pahang.

11:00am - Sampai di persimpangan jalan masuk ke Kg. Kedaik Asal. Dari situ, perjalanan diteruskan melalui jalan kampung. Anggaran masa : lebih kurang 1 jam perjalanan ke tapak menurunkan bot.

Sampai di rumah 'Pak Usu' bertanya khabar dan sedikit buah tangan. "Udang agak banyak tapi bergantung pada air" kata pak Usu. Dari rumah pak Usu sudah nampak air sungai yang mencecah tebing...."Dah senang sikit kalau nak turun bot....tak payah lagi turun tebing". Proses menurunkan barang dari kereta mengambil masa 1 jam kerana peralatan dan makanan perlu dibawa ke rumah rakit sebelum aktiviti memancing dimulakan.

Sebanyak 2 buah bot digunakan untuk aktiviti kali ini. Destinasi pilihan ialah hulu sungai. Banyak 'port' telah dipenuhi bot-bot pemancing yang lain. Arus agak deras dan batu no.7 menjadi pilihan walaupun ada kalanya batu ladung tidak mencecah dasar. Kalau mengikut pandangan, air memang sesuai untuk aktiviti memancing udang galah.

Bertemu dengan bot cikgu Mail di lokasi terakhir sebelum kembali ke rumah rakit. Udang agak 'galak' memakan umpan walaupun banyak kali 'terlepas. Mungkin faktor mata kail yang kurang 'tajam dan tali 'benang' yang tidak sesuai menyebabkan udang 'terlepas.

Mengambil keputusan untuk mudik ke hilir sungai sambil melihat lokasi 'port' untuk pancingan malam. Setelah mencuba beberapa kali, kami kembali semula ke rumah rakit untuk berehat menunaikan perkara 'wajib dan menyediakan makan malam. Menu untuk makan malam : Masak lemak cili api udang galah dan ikan goreng.

Pada waktu ini, suasana lokasi di hadapan rumah rakit kami agak sibuk dengan bot-bot pemancing yang kembali ke 'darat' seperti yang biasa dilihat di Sungai Golok, Kelantan. Walaupun 'leka' dengan pemandangan pada ketika ini tetapi keselamatan diutamakan kerana alun yang dihasilkan oleh bot-bot yang melintas agak besar menyebabkan rumah rakit kami 'berbuai-buai'

Aktiviti malam bermula selepas jam 8:00pm dengan mudik ke hulu sungai menuju 'port' yang dirasakan sesuai. Setelah mencuba beberapa kali di lokasi-lokasi tersebut, kami mudik ke hilir sungai. Hasil : tiada rengutan dari udang atau ikan...Kembali semula ke rumah rakit pada jam 11:00 malam. Pancingan malam ditepi rumah rakit pun tiada sambutan....Mungkin udang dan ikan sudah masuk 'tidur'....


HARI KEDUA - 22 Jan 2012

6:30am : Selepas solat 'Subuh dan sarapan nasi goreng berlauk sardin, kami bergerak dengan bot menuju ke hilir sungai. Sambutan agak memberangsangkan berbanding dengan semalam tetapi arus sungai yang deras menyebabkan sukar mendaratkan udang dan ikan ke dalam bot. Kami berpecah menuju ke lokasi-lokasi yang dipilih. Agak sukar meneka kawasan yang selalunya penuh dengan tunggul kayu kerana paras air yang masih lagi tinggi. Beberapa kali terpaksa mengubah kedudukan bot kerana tali kail tersangkut pada tunggul kayu yang berada di bawah.

1.:00pm : Banyak 'port' yang dicuba di bawah sinaran matahari yang 'membakar'. Hasilnya : "asyik-asyik orang belakang, perghhh"...hehe

2:30pm : Beralih tempat ke kawasan yang redup tapi kurang rengutan berbanding kawasan yang 'panas'. Mengambil keputusan untuk mencari bot 'Mail untuk makan tengahari. Selepas mengisi perut dengan Maggie Udang Galah dan air Teh-tarik 'Kedaik', kami menuju ke hulu sungai. Hasilnya : tiada sambutan dari penghuni 'dibawah'....

5:30pm : Bertolak menuju 'port terakhir sebelum pulang. Sekali lagi, "asyik-asyik orang belakang, urghhhh...panas-panas"...hehe

6:30pm : Kembali semula ke rumah rakit dan bersiap untuk naik ke 'darat'. Selepas selesai memunggah barang ke dalam bot, kami terus ke 'darat untuk memunggah pula barang masuk ke dalam kereta. Bot di bawa naik untuk diletak di atas bumbung kereta.

7:00pm : Bersalam dengan 'Pak Usu' sebelum keluar dari lokasi. Hari telah pun gelap dan perjalanan keluar dilakukan dengan berhati-hati kerana laluan dan muatan bot di atas bumbung.

8:00pm : Tiba di persimpangan jalan utama. Ikatan pada bot diperiksa sekali lagi untuk memastikan kemas dan kukuh sebelum bergerak di jalan besar.

8:30pm : Singgah untuk solat di Masjid Muadzam Syah dan makan malam di hadapan Petronas persimpangan bandar Muadzam Syah.

Menu : 'Nasi Goreng USA' - (nasi, ayam black-pepper, telur 'mata', french-fries mayonies). Lokasi kedai : Kalau dari Kuantan, sebelah kanan sebelum Petronas, kedai no.2 blok awal selepas masuk simpang ....Kalau dari Segamat, sebelah kiri selepas Petronas, kedai no.2 blok akhir sebelum keluar.

11:00pm : Selamat sampai di Segamat dalam hujan lebat dan selesai menurunkan barang.


INFO :
Persediaan yang perlu : tali benang 'SPIDER-WIRE' dan mata kail 'modified'...



No comments:

Post a Comment