Sunday, January 29, 2012

Udang Galah Cabang Y, Rompin


Gambar atas : Hasil tangkapan selama 2 hari 2 malam...


Gambar atas : Saiz 'jerangkung' @ Udang Galah kategori 'AAA' yang diperolehi


Gambar atas : sifu 'Rahman @ Doraemon' sedang mengagihkan 'habuan'.


Gambar atas dan bawah : 'Habuan' sendiri setelah dibahagi sama rata.



CATATAN PERJALANAN :

Hari 1 - 27 Jan 2012 Jumaat

Jam 10:55 malam - Menerima panggilan daripada 'sifu Rahman@Doraemon mengenai trip ke Cabang Y, Rompin, Pahang yang telah diatur sebelum ini. Katanya, "Jom, malam ni juga kita gerak...yang lain nak pergi malam ni..jadi kita pun kena ikut sekali juga,"....kelam-kabut dibuatnya sebabkan ingat nak pergi pagi Sabtu....Mujur juga set kotak makanan yang dibawa ke Hutan Lesung telah digantikan isinya pagi tadi...

Jam 11:15 pm - Setelah 'mencampak'kan barang-barang yang perlu ke dalam CRV, terus bergerak ke rumah boss untuk mengambil bot dan enjin untuk dinaikkan ke atas bumbung CRV.

Jam 11:25 pm - Selesai memunggahkan bot dan enjin ke dalam CRV, terus ke rumah 'sifu Rahman untuk mengambil barangan dan menaikkan 1 biji bot lagi ke atas Iswara Bang 'Daud'.

Jam 11:50 pm - Bergerak keluar dari rumah 'sifu Rahman ke warung berhampiran Kedai Tayar Duckham untuk menanti kereta + bot + enjin yang dibawa oleh Wak Man dan seorang rakan.

Jam 12:40 am - Bergerak dari Bandar Segamat menuju ke destinasi memancing di Cabang Y, Rompin, Pahang (N 02'51'24.5"......E 103'15'41.6") dengan 3 buah kenderaan membawa bot dan enjin.

Jam 2:00 am - Tiba di Bandar Muadzam Syah untuk mengisi minyak bot dan mencari tempat menyegarkan mata.

Jam 2:30 am - Bergerak semula dalam konvoi ke destinasi dengan kelajuan 100km/h.

Jam 3:50 am - Tiba di Cabang Y, Rompin (N 02'51'24.5" E 103'15'41.6")...perkara pertama yang dibuat ialah menurunkan ketiga-tiga bot yang dibawa berserta enjin dan barang-barang memancing....kelibat pemancing yang lain tidak kelihatan walaupun sudah ada 5 buah kereta disitu...mungkin sedang leka memancing atau tidur di dalam kereta.

Jam 4:40 am - Selesai dengan urusan menurunkan bot + enjin + peralatan memancing ke dalam sungai..."air sungai sejuk dan masih lagi 'tinggi berbanding biasa," kata rakan...."susah sikit nak dapat udang tapi insyaalah....ada rezeki, adalah nanti,".....sementara menunggu waktu Subuh, masing-masing cuba melelapkan mata walaupun sibuk menepis gigitan dan deruman sang nyamuk yang 'kebal dengan asap ubat nyamuk...

Menjelang jam 6:00 am - 10 lagi kenderaan bersama bot diatas bumbung tiba di lokasi....juga dari Segamat...


Hari ke 2 - 28 Jan 2012 Sabtu

Jam 6:40 am - Mula bergerak meninggalkan jeti menuju ke lubuk udang galah di sepanjang sungai tersebut....jarak perjalanan lebih kurang 1/2 jam menaiki bot berkuasa 15hp dengan kelajuan maksimun...."patut lah semua pakai enjin besar sebab lubuknya jauh dari jeti,"...

Arus yang deras serta kombinasi suhu air yang sejuk dan paras air yang tinggi mengurangkan keyakinan untuk memperoleh hasil yang 'baik...Alhamdulillah, sebaik saja mengikat tali bot dan melabuhkan joran, udang galah bersaiz XL menyambut umpan yang dihulur....walaupun masa sentapan yang agak lama ditunggu tapi hasil yang diperolehi tidak mengecewakan...setiap 'labuhan bot mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit sebelum bergerak lagi ke labuhan yang berikut...udang disini agak sensitif dengan deruman enjin bot dan masa yang lama diperlukan untuk keadaan kembali 'tenang'....ada masanya kesemua 10 batang joran pada bot kami direnggut 'sang janggut tapi hanya 7 ekor yang dapat dinaikan....paling senang dinaikkan ialah udang galah gred C dan B kerana 'mata kailnya lekat di mulut....bagi kategori 'jerangkung, agak sukar kerana jarak lontaran yang jauh dan keupayaan 'sang jerangkung memutuskan kakinya serta kekuatan 'galahnya memaut dan memotong tali joran sebelum sempat naik ke dalam bot...."aduhh, terlepas lagi," kata rakan termasuk aku..."habuan mata jadi lah,"....hehe

Jam 12:00 pm - Cuaca semakin panas...renggutan sang 'janggut semakin kurang walaupun sering kali berpindah lubuk...

Jam 3:00 pm - Cuaca yang terik serta 'perut yang kosong' tidak mematahkan semangat kami untuk mencari jerangkung di sekitar lubuk-lubuk tersebut....berbekalkan pengalaman orang yang telah biasa dengan lubuk di sungai ini, udang galah gred C dan B berhasil diperolehi...

Dengan kesukaran menjejak lokasi yang sesuai, bilangan bot-bot pemancing yang banyak, cuaca yang boleh mendatangkan sakit kepala, perut yang terpaksa menahan lapar, kos minyak bot + minyak kenderaan + umpan 'perumpun yang mahal + bahan masak yang boleh mencecah ratusan ringgit setiap kali bot turun ke air...Jadi tidak hairanlah mengapa harga udang galah melambung naik...

Jam 6:45 pm - Bergerak kembali ke jeti untuk menyediakan tempat tidur, makan malam, membersihkan diri dan menyelesaikan yang wajib....bot dibawa dengan kelajuan maksimun kerana hari semakin gelap...."time pergi dan balik mesti rempit....sebab nak cepat,"....

Jam 8:30 pm - Selesai makan malam, masing-masing mencari tempat untuk 'meluruskan pinggang setelah seharian di dalam bot....walaupun tangan sibuk 'berperang dengan sang nyamuk yang begitu meriah menyambut kedatangan para 'pelawat', mata harus dilelapkan supaya badan yang keletihan dapat berehat...


Hari ke 3 - 29 Jan 2012 Ahad

Jam 6:00 am - Kembali meneruskan misi semalam....hari ini, cuaca agak baik dengan matahari yang mula memancar berbanding cuaca semalam yang agak redup.

Jam 8:00 - 12:00 pm - Hari ini hasil tangkapan agak kurang berbanding semalam...mungkin faktor air yang semakin surut dan arus yang perlahan.

Jam 1:00 pm -3 buah bot berkumpul semula di satu lokasi yang redup untuk menyediakan 'Maggie sebagai alas perut...cuaca yang panas serta badan yang letih menyebabkan selera untuk makan agak kurang walaupun menunya ialah 'Maggie Udang Galah'...

Jam 1:40 pm - Aktiviti memburu udang galah diteruskan lagi...dengan umpan yang dibawa semakin kehabisan, renggutan sang udang juga semakin kurang berbanding semalam....badan menjadi letih kerana cuaca yang panas dan makan yang tidak menentu....

Jam 4:40 pm - Umpan yang terakhir dapat menaikkan udang galah gred B....alatan memancing dikemaskan terlebih dahulu sebelum bot bergerak pulang untuk mengelakkan tercampak atau 'patah ketika dalam perjalanan....dengan kelajuan maksimun, 3 buah bot membelah air menuju ke jeti....sampai di jeti, bot terus ditarik naik secara beramai-ramai...."pakat ramai-ramai, cepat boleh balik rumah," kata rakan....barang-barang yang ada dipunggah terus masuk ke dalam kereta...

Jam 5:35 pm - Mula bergerak dalam konvoi 3 kenderaan untuk pulang semula ke Segamat...dengan kelajuan 100km/h....

Jam 6:15 pm - Singgah di warung selepas persimpangan Muadzam Syah untuk mengalas perut dengan menu nasi lemak + telur mata + air carrot susu.....

Jam 7:30 pm - Selamat sampai ke Segamat.....

Jam 8:15 pm - Selesai menurunkan barang dari CRV masuk ke rumah....penat tapi berbaloi untuk dimakan...

Hasil : Udang Galah sebanyak 1 bekas tong cat 5 liter setelah dibahagi sama rata...Saiz pelbagai...


Info :


Harga Udang Galah gred B ialah RM45 sekilo....mungkin dalam 5 atau 6 ekor...kalau saiz 'Jerangkung' dalam 3-4 ekor....

Sediakan air minum secukupnya (kalau suka air soya, beli 2 kotak besar dan simpan dalam tempat ais)....dan topi yang sesuai untuk mengelakkan sakit 'kepala'...bawa bersama ubatan....dan juga dapur + periuk untuk menyediakan makan tengahari di atas bot...

Elakkan memancing di bawah pokok kayu besar di tebing sungai kerana dikhuatiri tumbang atau menjadi sarang haiwan berbisa...kawasan yang panas dan berarus sederhana kuat lebih banyak menyahut renggutan sang udang dari kawasan ber'payung'....

Sediakan pakaian yang sesuai ketika memancing dan untuk tidur....untuk mengelakkan terik mentari dan gigitan sang nyamuk ketika tidur...stokin perlu ada dalam peti simpanan kereta...

Pelita 'karbaid perlu dipasang pada malam hari untuk mengurangkan sang nyamuk dan menjauhkan haiwan berbisa...

No comments:

Post a Comment